Tuesday, February 14, 2012

Kejohanan Ping Pong MSSD Kluang 2012

Khamis, 9 Februari 2012 - Setelah berjaya menjadi johan peringkat zon Simpang Renggam, ahli Kelab Ping Pong SKKDIM iaitu Nur Amiera bt Abd Aziz meneruskan perjuangan di Kejohanan Ping Pong MSSD Kluang. Kejohanan kali ini diadakan di SJK (C) South Malaya, memandangkan zon Simpang Renggam menjadi tuan rumah untuk 2012.

Nur Amiera telah menyertai kategori Perseorangan Perempuan Terbuka, Perseorangan Perempuan Bukan Kaum Cina (BKC) dan Beregu Perempuan Terbuka bergandingan dengan wakil dari SJK (C) Tuan Poon.
Untuk kategori Terbuka, saingan hebat dari peserta-peserta dari SJK (C) menyebabkan beliau hanya mampu mara ke pusingan kedua untuk beregu dan tersekat di pusingan pertama untuk perseorangan. Walaupun begitu, untuk kategori BKC, beliau telah berjaya menjadi Johan Daerah Kluang menewaskan peserta dari SK Bandar T6 di peringkat akhir.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons