Asal usul sukan ping pong bermula sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadapnya bagaimanapun tidak bertahan lama.
Permainan Tenis Meja sebenarnya sejenis permainan papan & dadu (board & dice), oleh J.H.Singer dari New York, c.1884. 1890,
David Foster dari England memperkenalkan sukan tenis meja
Sukan ping pong menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh dunia. Nama „Ping Pong‟ kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers. Oleh kerana itu, nama permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926. . Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular di kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jaring dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan. Istilah „ping pong‟ diambil bersempena dengan bunyi „ping‟ yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan „pong‟ apabila bola melantun di atas meja.
Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan. Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Pada masa sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita.
Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikannya sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka. Kini, di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberi kepada sukan ini sebagai salah satu acara Sukan Olimpik di mana acara perseorangan dan beregu mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea pada tahun 1988. Kini, sukan ping pong merupakan sukan ke-2 popular di dunia dan dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dunia.
0 comments:
Post a Comment