Thursday, December 8, 2011

Undang-undang Permainan


Satu Permainan (A Game)

  • Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem mata 11.
  • Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain membuat servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
  • Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mendapat 11 mata terdahulu, ATAU
  • jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan menservis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah membuat servis untuk 1 mata bergilir-gilir.)
  • Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis di permainan kedua.
Satu Perlawanan (A Match)
  • Satu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan. 
Permulaan satu permainan (Start a game)
  • Sebelum mula bertanding satu permainan, dikehendaki membuat undian (toss a coin) untuk menentukan pemain yang mana satu pemain memulakan servis.
  • Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
           i. hak memilih untuk memulakan servis Atau
           ii. membenarkan pihak lawannya memulakan servis Atau
           iii. membuat pemilihan tempat
  • Jika pemenang undian membuat pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.
  • Jika pemenang undian memilih untuk memulakan serivs, pihak lawannya hanya terdapat membuat pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons