Thursday, January 17, 2013

Kejohanan Ping Pong MSSZ 2013

Khamis, 17 Januari 2013 - Sebentar tadi telah berakhir Kejohanan Ping Pong MSSZ tahun 2013 di SJK (C) South Malaya, Simpang Renggam. Kelab Ping Pong SKKDIM telah menghantar 6 orang wakil diiringi dua orang guru iaitu Cikgu Idris sebagai jurulatih dan pengadil serta Ustazah Seri Banon sebagai pengurus pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut.

Pertandingan telah bermula jam  8.00 pagi. Dari 6 orang wakil tersebut, hanya seorang yang berpengalaman menyertai kejohanan MSSZ ini pada tahun lepas dan yang selebihnya adalah penyertaan kali pertama.

Muhammad Qayim Haziq sedang membalas pukulan backhand.
 
Alhamdulillah berkat usaha bersungguh-sungguh, semua wakil SKKDIM telah mendapat kejayaan dalam kejohanan kali ini. Pencapaian kali ini mengulangi kejayaan yang pernah dicapai pada tahun 2005 di mana SKKDIM telah membolot kesemua hadiah yang ditawarkan.

Kejayaan paling manis pada kejohanan kali ini adalah kejayaan Farah Athirah memecahkan dominasi murid kaum Cina dalam kategori Terbuka di mana beliau telah berjaya mendapat Naib Johan. Ini adalah satu sejarah yang dicatatkan oleh ahli kelab sepanjang penubuhan kelab ini sejak tahun 2005. Selama ini, SKKDIM hanya menghantar wakil untuk kategori Bukan Kaum Cina (BKC) dan hanya bermula pada tahun 2012, penyertaan pertama wakil kelab iaitu Nur Amiera bt Abd Aziz dalam kategori Terbuka menemui kegagalan. Seorang wakil lelaki iaitu Muhammad Solihin juga menyertai kategori Terbuka kali ini tetapi beliau telah tewas kepada murid yang muncul Johan kategori tersebut.

Farah Athirah bertanding di kategori Terbuka

Keputusan penuh wakil-wakil SKKDIM adalah seperti berikut :


1. Muhammad Solihin b Nordin
* Johan Perseorangan Lelaki BKC
* Johan Beregu Lelaki BKC
* Pusingan pertama  Perseorangan Lelaki Terbuka

2. Muhammad Qayim Haziq b Hanif Ridhuan
* Naib Johan Perseorangan Lelaki BKC
* Johan Beregu Lelaki BKC

3. Muhammad Danish Fitri b Saihol Bahrin
* Ketiga Perseorangan Lelaki BKC

4. Farah Athirah bt Rahim
* Naib Johan Perseorangan Perempuan Terbuka
* Naib Johan Perseorangan Perempuan BKC
* Johan Beregu Perempuan BKC

5. Nur Syahadah bt Abd Aziz
* Johan Perseorangan Perempuan BKC
* Johan Beregu Perempuan BKC

6. Puteri Jannah bt Mohd Ridza
* Ketiga Perseorangan Perempuan BKC

  
Jadual Pertandingan Perseorangan Perempuan Terbuka

 
Jadual Pertandingan Perseorangan Lelaki Terbuka
 

Jadual Pertandingan Perseorangan Perempuan BKC


Jadual Pertandingan Perseorangan Lelaki BKC

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons