Thursday, January 31, 2013

Kejohanan Ping Pong MSSD Kluang 2013

Khamis, 31 Januari 2013 - Setelah mengungguli Kejohanan peringkat zon, pemain-pemain ping pong SKKDIM meneruskan perjuangan di peringkat MSSD Kluang pada hari ini. Masih bertempat di SJK (C) South Malaya, kontijen SKKDIM kali ini diwakili oleh 5 orang pemain dan 2 orang guru, Cikgu Idris dan Cikgu Hairul Azmi.

5 orang pemain tersebut adalah Farah Athirah (Perseorangan Perempuan Terbuka), Mohd Solihin dan Qayim Haziq (Perseorangan Lelaki BKC) serta Nur Syahadah dan Puteri Jannah (Perseorangan Perempuan BKC). Pada mulanya, Farah Athirah sepatutnya bertanding dalam dua kategori iaitu Terbuka dan BKC kerana beliau mendapat naib johan dalam dua kategori tersebut di peringkat zon,namun mesyuarat peringkat daerah memutuskan beliau tidak boleh menyertai dalam dua-dua kategori sekaligus. Jadi, beliau terpaksa melupakan aksi dalam kategori BKC untuk memastikan ada peluang layak ke peringkat MSSJ. Ini kerana kategori BKC tidak lagi dipertandingkan di peringkat MSSJ.

 Puteri Jannah sedang beraksi.

 Mohd Solihin di penentuan ke3/4

Di akhir kejohanan, secara keseluruhan SKKDIM telah mendapat satu pingat perak dan dua gangsa. Nur Syahadah telah muncul Naib Johan manakala Mohd Solihin dan Puteri Jannah mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak berjaya mendapat johan,semua pemain telahpun menunjukkan kesungguhan untuk menang namun faktor psikologi dan kebolehn mempelbagaikan teknik permainan memisahkan mereka dengan pemenang.

Pemenang perseorangan lelaki BKC
Pemenang perseorangan perempuan BKC

Farah Athirah melawan Tay Ji Yuan dari SJK(C) Pa Yai

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons