Sejarah Kelab


Kelab Ping Pong SK Kg Dato Ibrahim Majid telah secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2005.  Idea awal penubuhan kelab ini hasil dari perbincangan antara setiausaha sukan ketika itu, En. Hanif Ridhuan bin Ali dengan En. Md. Idris Shafie b Md. Saleh, guru yang baru ditempatkan di SKKDIM. Memandangkan permainan ping pong kurang disertai oleh murid dari sekolah kebangsaan serta ketika itu ada guru yang boleh menguruskan kelab, idea tersebut dibawa ke pihak pentadbir yang seterusnya merestui penubuhan sebuah kelab ping pong.

Pada tahun penubuhannya, kelab telah menghantar wakil ke Kejohanan Ping Pong MSSZ dan ketika itu pasukan sekolah telah membolot kesemua kategori yang dipertandingkan untuk kaum bukan Cina (BKC). Kejayaan tersebut telah diteruskan sehingga 3 orang wakil dari SKKDIM telah berjaya mewakili daerah Kluang ke kejohanan peringkat MSSJ. Mereka ialah Mohd Hafiz Bin Hanan, Muhamad Syah Ridzuan Bin Suparman dan Muhammad Syahronie Bin Yayanto.

Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh kelab di mana wakil kelab berjaya hingga ke peringkat MSSJ pada tahun 2006, 2008 dan 2010. Wakil dari SKKDIM juga adalah sinonim dengan kejayaan di peringkat MSSZ dan MSSD.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons