Monday, January 27, 2014

Kejohanan Ping Pong MSSZ 2014

Isnin, 27 Januari 2014 - Kejohanan Ping Pong MSSZ Simpang Renggam kembali lagi pada tahun 2014 ini. Seperti biasa, SJK (C) South Malaya menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini. Pasukan Ping Pong SK Kg Dato' Ibrahim Majid pada tahun ini menampilkan pengurus baharu iaitu Ustaz Aminullah bin Zainal Abidin yang juga Guru Penyelaras Kelab Ping Pong SKKDIM.

Setelah menjalani latihan intensif selama dua minggu, wakil-wakil SKKDIM telah bersedia turun ke gelanggang untuk bertanding. Pada tahun ini, mereka menyertai acara perseorangan lelaki dan perempuan Kategori Bukan Kaum Cina (BKC) dan juga acara beregu lelaki dan perempuan Kategori Terbuka.

Alhamdulillah, setelah pertandingan berakhir semua wakil SKKDIM telah berjaya mengekalkan status quo SKKDIM sebagai pasukan terbaik peringkat zon apabila muncul Johan dan Naib Johan dalam acara Perseorangan Lelaki dan Perempuan BKC. Lebih manis lagi, pasangan beregu perempuan telah mengejutkan peserta-peserta dari SJK Cina apabila mendapat Johan acara tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Chai yok SKKDIM!


 Muhd. Qayim Haziq bin Hanif Riduan
Johan Perseorangan Lelaki BKC

 Muhd. Solihin bin Nordin
Naib Johan Perseorangan Lelaki BKC

 Farah Athirah binti Rahim
Johan Perseorangan Perempuan BKC
Johan Beregu Perempuan Terbuka

Nur Syahada binti Abd Aziz
Naib Johan Perseorangan Perempuan BKC
Johan Beregu Perempuan Terbuka

Ustaz Aminullah menerima sijil penyertaan murid-murid

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons