Friday, January 27, 2012

Kejohanan Ping Pong MSSZ Simpang Renggam 2012

Khamis, 19 Januari 2012 - Seramai 4 orang ahli kelab ping pong SKKDIM telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Ping Pong MSSZ tahun 2012. Mereka ialah Muhammad Nazmi b Nawawi, Muhammad Qayim Haziq b Hanif Ridhuan, Nur Amiera bt Abd Aziz dan Siti Khatijah bt Jamiluddin. Kesemua mereka adalah murid Tahun 6 kecuali Qayim, Tahun 4.


Pasukan lelaki bertanding dalam kategori BKC (Kaum Bukan Cina) manakala pasukan perempuan bertanding di kedua-dua kategori iaitu BKC dan Terbuka.

Di akhir kejohanan, pasukan SKKDIM telah berjaya mendapat :

1. Johan Perseorangan Perempuan (BKC) - Nur Amiera
2. Johan Beregu Perempuan (BKC) - Nur Amiera & Siti Khatijah
3. Ketiga Perseorangan Lelaki (BKC) - Muhammad Nazmi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons